Semak CCRIS online, ikut 5 langkah mudah ini

Print Friendly, PDF & Email

Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan sebuah portal online bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan laporan CCRIS. Inisiatif baru ini dikenali sebagai eCCRIS disediakan secara percuma.

Secara ringkasnya, laporan CCRIS menunjukkan sejarah dan rekod semua pembiayaan seseorang peminjam selama 12 bulan. Pengguna boleh memantau dan mengesahkan rekod kewangan termasuk sejarah pembayaran balik pinjaman mereka.

Dengan eCCRIS, orang ramai boleh mengakses laporan ini secara online melalui laman web eCCRIS. Melalui portal tersebut, pengguna juga boleh memohon untuk mengesahkan dan memperbetulkan maklumat CCRIS, sekiranya berlaku sebarang kesilapan.

Semak rekod kewangan anda sekarang! Sila ikuti 5 langkah mudah ini :-

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negara untuk melakukan pendaftaran kali pertama.
  2. Cari kiosk layan diri CCRIS, pengguna perlu mengesahkan identiti dengan menggunakan MyKad and daftarkan nombor telefon mudah alih anda. Manakala untuk syarikat, surat pengesahan sebagai wakil dan sijil pendaftaran diperlukan.
  3. PIN 6 angka akan dihantar ke nombor telefon mudah alih yang telah didaftarkan tadi.
  4. Pergi ke laman web https://eccris.bnm.gov.my, pengguna perlu memasukkan nombor MyKad dan PIN 6 angka tadi.
  5. Kemudian, pengguna perlu menetapkan ID pengguna dan kata laluan; memilih gambar dan frasa keselamatan; dan tetapkan 3 soalan dan jawapan keselamatan.

Setelah selesai, anda boleh memuat turun laporan CCRIS pada bila-bila masa sahaja!

P/S : Kongsikan berita baik ini pada kawan-kawan anda! Mereka  tidak perlu lagi bersusah-payah ke Bank Negara Malaysia.

Share dengan kawan-kawan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *