Syarat Rumah Kos Rendah Selangor

Print Friendly, PDF & Email
  • Menurut surat rasmi yang dihantar oleh Lembaga Perumahan Dan hartanah Selangor (LPHS) kepada Badan Peguam Malaysia (Bar Council) bertarikh 17 Januari 2018, berikut adalah syarat-syarat permohonan pindahmilik hartanah harga kawalan Rumah Kos Rendah, Sederhana Rendah dan Rumah Selangorku :-
  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan bermaustatin di Negeri Selangor atau kawasan Lembah Klang.
  2. Jumlah pendapatan seisi rumah ditetapkan tidak melebihi RM5K.
  3. Dalam kes-kes tertentu di mana harga jualan melebihi RM150K pendapatan pembeli adalah tidak melebihi RM6K.
  4. Pembeli dan pasangan tidak pernah memiliki sebarang rumah di Negeri Selangor atau kawasan Lembah Klang.
  5. Pemohon atau suami / isteri pemohin belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta.
  6. Pemilikkan hartanah mesti mencukupi atau melebihi lima (5) tahun.
  7. Tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri seperti pematuhan penjualan kouta bumiputera dan lain-lain.
  8. Bagi kes-kes pindah milik kasih sayang / rela hati tanpa paksaan (bukan hubungan kekeluargaan) dan belian secara lelongan hendaklah melebihi tempoh lima (5) tahun.
  9. Selain  daripada kes di atas dan perintah Mahkamah / Pesaka, ianya tidak tertakluk kepada syarat-syarat pindahmilik.

 

Share dengan kawan-kawan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *