Semak CCRIS online, ikut 5 langkah mudah ini

Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan sebuah portal online bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan laporan CCRIS. Inisiatif baru ini dikenali sebagai eCCRIS disediakan secara percuma.

Secara ringkasnya, laporan CCRIS menunjukkan sejarah dan rekod semua pembiayaan seseorang peminjam selama 12 bulan. Pengguna boleh memantau dan mengesahkan rekod kewangan termasuk sejarah pembayaran balik pinjaman mereka.

Dengan eCCRIS, orang ramai boleh mengakses laporan ini secara online melalui laman web eCCRIS. Melalui portal tersebut, pengguna juga boleh memohon untuk mengesahkan dan memperbetulkan maklumat CCRIS, sekiranya berlaku sebarang kesilapan.

Semak rekod kewangan anda sekarang! Sila ikuti 5 langkah mudah ini :-

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negara untuk melakukan pendaftaran kali pertama.
  2. Cari kiosk layan diri CCRIS, pengguna perlu mengesahkan identiti dengan menggunakan MyKad and daftarkan nombor telefon mudah alih anda. Manakala untuk syarikat, surat pengesahan sebagai wakil dan sijil pendaftaran diperlukan.
  3. PIN 6 angka akan dihantar ke nombor telefon mudah alih yang telah didaftarkan tadi.
  4. Pergi ke laman web https://eccris.bnm.gov.my, pengguna perlu memasukkan nombor MyKad dan PIN 6 angka tadi.
  5. Kemudian, pengguna perlu menetapkan ID pengguna dan kata laluan; memilih gambar dan frasa keselamatan; dan tetapkan 3 soalan dan jawapan keselamatan.

Setelah selesai, anda boleh memuat turun laporan CCRIS pada bila-bila masa sahaja!

P/S : Kongsikan berita baik ini pada kawan-kawan anda! Mereka  tidak perlu lagi bersusah-payah ke Bank Negara Malaysia.

Closed Deal : Rumah Teres 2 Tingkat, Jalan Tanjung Sauh 30/226, Seksyen 30, Shah Alam

Dijual pada harga RM410,000/- oleh Rusydi Ahmad, REN11606 (HP 017-6110014)

Tarikh : Januari 2018

Maklumat Hartanah :

  • Rumah Teres Dua Tingkat, Lot Tengah
  • Saiz tanah 1,242 kaki persegi
  • Freehold, Rizab Melayu
  • 4 Bilik Tidur & 3 Bilik Air

Pada permulaannya, pemilk jual rumah baru siap ini dengan harga tawaran RM450,000/-. Rumah ini terletak di Jalan Tanjung Sauh 30/226, Seksyen 30, lebih kurang 10 minit dari Kota Kemuning.

Setelah 3 bulan dipasarkan oleh Perunding Hartanah, akhirnya rumah ini berjaya dijual pada harga RM410,000/-. Tanda mercu utama taman ini adalah berdekatan dengan Masjid Al-Falah. Antara township terkenal berdekatan adalah Rimbayu oleh IJM Berhad.

Pemilik adalah pembeli pertama yang telah membeli rumah ini daripada pemaju dengan harga RM300,000/- pada tahun 2015. Setelah rumah ini siap dan mendapat kunci, pemilik ingin menjual rumah untuk mengurangkan komitmen pinjaman bulanan.

Kawasan kediaman disini lebih dikenali sebagai “kawasan Jalan Kebun” yang mempunyai banyak taman-taman perumahan kecil yang kebanyakannya terdiri daripada jenis rumah teres, berkembar dan banglo.

Kelebihan kawasan ini adalah dekat dengan Bandaraya Shah Alam dan harga rumah teres disini lebih murah berbanding rumah teres di Bandaraya Shah Alam. Purata harga rumah teres ditawarkan disini adalah didalam lingkungan RM400,000/- ke RM450,000, berbanding di RM650,000/- ke RM700,000/- di Bandaraya Shah Alam.

Transaksi terkini rumah teres di kawasan sini dengan keluasan 1,200 sf disini didalam lingkungan RM400K to RM470K. Manakala, pasaran sewa rumah teres di sini adalah sekitar RM900 ke RM1,000 sebulan.

Maka tidak hairanlah sekiranya kawasan ini sentiasa menjadi pilihan pembeli walaupun disini tanah adalah rizab melayu. Kawasan sini pula sedang giat membangun sehingga ke kawasan Jenjarom. Terdapat banyak pilihan rumah baru disini dengan harga baru dan subsale yang jauh lebih murah.

Anda ingin jual, beli & sewa rumah Shah Alam? Klik sini

Closed Deal : Waizuri 2 Condo, Seksyen 5, Wangsa Maju

Dijual pada RM385,000/- oleh Nazmi Tajudin, REN 21618 ( HP 018-2333678)

Tarikh : Januari 2018

Maklumat Hartanah :

  • Pajakan 99 tahun
  • Saiz 1,072 kaki persegi
  • Tingkat bawah
  • 3 bilik tidur & 2 bilik air
  • Hakmilik strata individu.

Waizuri 2 adalah sebuah pembangunan condominium berdensiti rendah terletak di Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Transaksi ini adalah pembelian yang terbaik kerana harganya lebih murah dari harga transaksi semasa. Mengikut rekod pada tahun Mac 2017, sebuah unit di Waizuri 1 bersaiz 1,077 kaki persegi telah terjual pada RM393,000/-

Di sini pula, jarang terdapat jualan kerana lokasinya yang amat bagus dan dekat dengan pelbagai kemudahan. Pembeli adalah penyewa kepada unit ini yang telah duduk lama disini.

Projek pembangunan Waizuri Condominium ini adalah projek usahasama di antara pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak pemaju PGK Sdn Bhd pada tahun 1990. Harga jualan pemaju pada ketika itu dibeli oleh pemilik asal adalah sebanyak RM84,600/- .

Condo ini dilengkapi dengan kemudahan seperti kawalan keselamatan 24 jam, satu tempat letak kereta tertutup, kolam renang, permainan kanak-kanak, pasar mini, nursery, kedai dan juga track jogging.

Pasaran sewa di sini adalah sekitar RM1,200 ke RM1,500 sebulan.

Berminat untuk membeli, menjual dan sewa hartanah di Wangsa Maju? Klik sini