Wajib Buat 5 Langkah Ini Dulu Sebelum Beli Rumah

Kredit Foto : FB Tuan Hisyam

Sebelum nak pergi TENGOK rumah, bakal pembeli WAJIB buat langkah ini dahulu.

Perkongsian ini dari posting facebook Naz Abdullah Shoblee, Ejen Hartanah Berdaftar pada 11 Oktober 2015.

Untuk elakkan bakal pembeli rumah buat kesilapan, disini beliau kongsi cara mudah nak sediakan diri sebelum tengok rumah.

Menurut pengalaman beliau, ada 2 kesilapan ketara pembeli selalu buat iaitu TIDAK SEDIA aspek kewangan dan TIDAK TAHU harga pasaran rumah.

Senang cerita, deposit tidak cukup dan budget harga rumah tak realistik dengan harga pasaran semasa.

Boleh SHARE artikel ini,  jika nak tolong kawan-kawan celik beli rumah. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :-

1. SEMAK LOAN.

Kira dulu Debt Service Ratio (DSR) anda.

Maklumat yang diperlukan adalah pendapatan dan  bayaran hutang bulanan anda.

Pengiraan DSR ini boleh kira BAYARAN BULANAN LOAN RUMAH yang anda layak. Dari kiraan ini anda juga boleh tahu berapa HARGA RUMAH MAKSIMA yang layak anda beli.

2. SEMAK BLACKLIST.

Pergi Bank Negara atau cawangan AKPK utk semak CCRIS. Hanya bawa IC dan cap jari anda.

Anda juga boleh pilih untuk semak CCRIS secara online, sila baca artikel disini.

Untuk semakan CTOS boleh download apps CTOS di Google Playstore.

Jika CCRIS & CTOS tak cantik. Perbaiki dulu rekod kewangan anda. Ambil nasihat banker.

3. SEDIAKAN BUDGET

Dah tahu berapa harga rumah, langkah seterusnya sediakan perruntukan deposit dan kos.

Budget yang sebaik-baiknya kena ada lebih kurang 15% dari harga rumah.

10% tunai utk dijadikan deposit dan 5% budget utk kos2 lain seperti kos guaman Perjanjian Jual Beli (S&P), Perjanjian Pinjaman dan  yuran laporan penilaian hartanah (valuation report).

Sebaik-baiknya, budget ini adalah TUNAI di tangan tidak termasuk simpanan EPF. Dah sign S&P boleh claim balik dari EPF.

Banyak apps di Play Store utk kira Kos Beli Rumah. Pilih mana sesuai.

4. PILIH LOKASI DAN RUMAH.

Tetapkan lokasi dan match dengan harga rumah yang anda layak tadi.

Pergi ke laman web hartanah, matchkan kawasan-kawasan yang anda dah target. Pergi lawat periksa lokasi dan keadaan sekeliling.

Pilih satu lokasi yang spesifik. Elakkan lokasi yang rambang atau terlampau banyak lokasi.

Ukur baju badan sendiri. Jika anda layak, bolehlah pilih jenis rumah yang besar. Jika tidak,  pilih  jenis rumah yang lebih kecil.

Anda juga boleh minta bantuan Ejen Hartanah untuk matchkan dengan stok listing mereka.

5. SEMAK HARGA RUMAH

Semak rekod harga rumah yang sudah terjual. Kita juga perlu juga semak harga iklan. Harga iklan ditawarkan di pasaran selalunya atas sedikit dari harga yang sudah terjual. Ini kerana harga iklan perlukan ruang untuk tawar-menawar (negotiation).

Budget harga rumah yang hendak dibeli seharusnya lebih kurang dengan rekod terkini harga rumah yang sudah terjual .

Elakkan budget  terlampau rendah atau tinggi dari rekod harga yang sudah terjual.

Cara paling mudah nak semak sendiri rekod harga rumah yang sudah terjual dikawasan yang anda ingin beli, pergi ke laman web www.brickz.my.

Anda juga boleh meminta bantuan agen hartanah untuk semak kelayakan loan dan khidmat nasihat pemilihan rumah idaman anda,  isi je form online ini

 

 

Ikut 4 Tips Ini Jika Tak Nak Deposit Beli Rumah Hangus

Earnest Deposit adalah bahagian yang PENTING dalam proses pembelian atau penyewaan rumah.

Menurut definisi Malaysian Estate Agent Standard, Earnest Deposit bermaksud :

+ WANG PENDAHULUAN yang dibuat oleh bakal pembeli untuk menyatakan kesungguhan dalam membeli atau menyewa sesuatu hartanah

+ Yang ianya mungkin atau tidak mungkin menjadi sebahagian dari pada keseluruhan harga pembelian atau jumlah sewa atau sekuriti deposit (jika tujuan penyewaan)

+ Dan mungkin tidak dipulangkan bergantung kepada terma dan syarat di dalam perjanjian.

Kesimpulannya, Earnest Deposit dibayar apabila pembeli atau penyewa serius untuk membuat tawaran harga kepada pemilik ke atas rumah tersebut.

Kebiasaannya, earnest deposit sebanyak 3.18% dari harga rumah dibayar dahulu kepada Agensi Hartanah Berdaftar sebagai tanda pembeli menawarkan pembelian kepada pihak pemilik rumah.

4 tips POWER ketika hendak membayar Earnest Deposit :-

1. Pembeli perlu PASTI dengan harga yang hendak ditawarkan. Dapatkan ANALISA HARGA rumah atau kadar sewa yang berbaloi untuk dibeli atau di sewa.

2. Pastikan TERMA dan SYARAT di dalam perjanjian ditulis dengan JELAS supaya Earnest Deposit anda TIDAK HANGUS dan boleh dipulangkan kembali.

3. Pastikan anda MEMATUHI terma dan syarat yang dinyatakan di perjanjian. Contoh ; tempoh masa kelulusan pinjaman bank, margin pinjaman dan tempoh masa menandatangani perjanjian jual beli.

4. Tips 1 hingga 3 dapatkan bantuan dan khidmat nasihat Ejen Hartanah PERIBADI. Sebagai pembeli, anda boleh lantik Ejen Hartanah sendiri mewakilkan anda jika anda tidak pasti Ejen Hartanah pemilik rumah akan berpihak pada anda. Anda boleh memilih untuk membayar fee ejen sendiri atau tidak. Kebiasaanya kedua-dua ejen hartanah boleh berkongsi fee ejen yang dibayar oleh pemilik rumah.

 

Kesilapan Saya Membeli Rumah

Perkongsian dari FB, tips beli rumah oleh Tuan Rahim Mashor

Beli rumah tak salah. Tapi cara saya uruskan wang semasa beli rumah itu salah. Ini adalah pengalaman saya.

Saya beli rumah pada 09/2014. Tapi masih belum perlu buat installment bulanan atas sebab rumah yang saya beli tu belum mendapat sijil kelayakan untuk diduduki.

Pada masa tu saya dah tahu berapa komiment yang perlu saya keluarkan untuk rumah tersebut. Tapi saya buat tak tahu je sebab belum kene bayar lagi.

Loan lulus pada 09/2014. Mula kene bayar 05/2015. Jumlah installment RM900 sebulan. Jadi apa yang silapnya?

Silapnya, saya tak belajar cara uruskan wang dengan betul. Sepatutnya bila dapat tahu berapa kene bayar bulan-bulan, saya perlu simpan jumlah wang tersebut. Tapi tidak walaupun RM100 sebulan.

Kalau lah saya simpan wang dalam tempoh 8 bulan tu saya dah ada RM7,200 (RM900X8 bulan). Lepas lah untuk buat grill dan pasang lampu kipas atau aircond kat rumah saya tu.

Akhirnya, saya terpaksa buat loan lagi untuk kos-kos masuk rumah. tu belum masuk kos beli perabot. Nak menyesal pun dah tak guna. Tak pasal-pasal tambah hutang lagi.

Sesungguhnya buat hutang itu mudah, nak membayarnya hanya yang buat hutang je yang tahu.

Kalau ikutkan saranan pakar kewangan. Contohnya, nak beli rumah 3 tahun lagi, mulalah simpan wang dari sekarang. Buat anggaran siap-siap berapa jumlah bayaran yang kita mampu setiap bulan. Kalau anggaran installment rumah RM1000 sebulan, belajar simpan jumlah tu dari sekarang.

3 tahun bersamaan 36 bulan. Dalam masa 36 bulan dah dapat simpan RM36,000. Kalau beli rumah RM250k, downpayment 10% RM25,000. Ada lagi lebihan RM11,000 dah boleh tampung kos untuk pasang grill, lampu dan kipas.

Yang pastinya, dah takkan timbul masalah untuk buat bayaran installment rumah bulan-bulan sebab dah belajar simpan dari 3 tahun lepas lagi.

Ramai yang gagal untuk simpan wang dalam jumlah yang banyak seperti tu sebab wang bersifat untuk dibelanjakan. Malah kita juga diasuh sejak dari kecil lagi, bila ada wang perlu belanja. Sudah menjadi habit dalam diri.

ALTERNATIF,
Belajar simpan emas fizikal. Dengan emas manusia menjadi sayang untuk belanja. Itu fitrah manusia sejak dari dulu lagi. Malah emas juga merupakan simbol kepada kekayaan yang sebenar.

Nak tahu cara simpan emas dengan betul, saya boleh bagitahu dan guide. Boleh wassap saya 019-559 7515.

Jangan ulangi kesilapan yang saya dah buat.