Fasa dua pembangunan Ampang Ukay yang memiliki nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM600 juta akan dilancarkan oleh EcoFirst Consolidated Bhd di dalam penggal kedua tahun 2019 ini.

Janice Loh iaitu Pengurus Besar Pemasaran dan Jualan Sewaan EcoFirst memaklumkan bahawa pembangunan kondominium berkepadatan rendah itu akan menawarkan 656 unit dari keseluruhan ketiga-tiga blok menara. Unit-unit tersebut mempunyai harga jualan indikatif sekitar RM480 setiap kaki persegi.

Menurut beliau lagi, rekaan untuk fasa dua kali ini adalah khas bagi pembeli rumah yang mencari kediaman yang luas di lokasi-lokasi utama. Tawaran unit-unit yang bersaiz lebih luas ini adalah untuk memastikan keselesaan penduduk terjamin. Saiz-saiz unit yang ditawarkan adalah dari 1,600 kaki per segi termasuk unit dwi kunci akses seluas 800 kaki per segi dan juga unit premium terhad seluas 2,350 kaki per segi yang terletak di bahagian atas bumbung Sky Terrace.

Ampang Ukay yang digambarkan sebagai Hong Kong kecil Kuala Lumpur, adalah sebuah pembangunan campuran yang bertapak di atas tanah sebesar 84 ekar pegangan bebas di Ampang Jaya.

Sejak projek fasa satu Ampang Ukay yang dikenali sebagai LIBERTY @ Ampang Ukay dilancarkan pada tahun 2017, 95% dari 1,632 unit SoHo berkelengkapan penuh telah berjaya dijual.

Loh menambah kenyataan bahawa pembangunan fasa tiga nanti akan menjadi pembangunan campuran di mana ia terdiri daripada menara kediaman dan lot-lot komersial. Walaubagaimanapun, ia masih dalam fasa perancangan.

Sumber rujukan : The Edge Market

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *