Bilakah anda mula merancang untuk memiliki rumah pertama?

 

Pernahkah anda bayangkan berapa lama anda perlu tunggu peluang untuk membeli rumah pertama anda?

 

Bagi anda yang dah lama tunggu bila  nak beli rumah idaman pertama, berita baik ini untuk anda!

 

Baru-baru ini diumumkan oleh KPKT bahawa Dasar Perumahan Mampu Milik bakal diperkenalkan pada hujung bulan ini. Ini bermakna, tiba sudah peluang emas untuk anda yang ingn atau yang sudah lama mencari rumah idaman pertama bagi yang belum memiliki.

 

Asyik sewa saja. Inilah masanya nak beli rumah sendiri pula kan?

 

Okay. Apa istimewanya dasar ini?

 

Menteri KPKT memaklumkan yang Dasar Perumahan Mampu Milik ini akan merangka garis panduan bagi harga mampu milik di lokasi yang berbeza berdasarkan kepada pendapatan median penduduk tempatan.

 

Tambahan lagi, dasar ini merupakan sub-polisi kepada Dasar Perumahan Negara 2.0. Objektif utamanya adalah untuk memajukan dan menambahbaik kesejahteraan hidup rakyat Malaysia dan juga dalam masa yang sama menyediakan rumah yang mampu milik oleh rakyat dari golongan B40 terutamanya.

 

Untuk melaksanakan dasar ini, sistem data yang besar diperlukan. Sistem data yang besar, dimana ia digunakan untuk menyatukan data yang membolehkan kita melihat situasi semasa serta untuk membolehkan KPKT membuat perancangan di masa hadapan bagi melaksanakan pembangunan perumahan dari segi jenis harta, harga dan lokasi, maka dasar perumahan yang dilancarkan ini juga akan memfokuskan kepada penubuhan sistem data bagi membolehkan para pemaju untuk lebih memahami keadaan pasaran semasa. Dengan itu, KPKT kini sedang berusaha menubuhkan sebuah sistem data yang besar.

 

Dalam pada itu, seiring bergerak maju ke hadapan. Kementerian akan memastikan perlaksanaan kepada semua dasar ini dapat dilakukan dengan pantas, efisyen dan paling penting bermanafaat unutk rakyat demi menegakkan integriti kerajaan yang baru ini.

 

Dapatah kita melihat bahawa tahun 2019 ini akan menjadi tahun perlaksanaan dasar-dasar baru dan strategi yang lebih agresif dan lebih jelas seperti yang diberitahu oleh Setiausaha Umum KPKT, Datuk Seri Mohammad Mentek.

 

Akhir sekali, Menteri KPKT menggesa semua staf KPKT supaya berganding bahu Bersama menyokong dasar yang dilancarkan oleh kementerian sementara berusaha untuk menambahbaik keberkesanan dan kemahiran berurusan dengan orang awam.

 

Syabas dan terima kasih diucapkan oleh KPKT atas usaha murni untuk rakyat terutamanya untuk golongan B40!

 

Kini, kita dah boleh menarik nafas lega dan bolehlah masing-masing mula merancang kewangan, mula mencari ejen hartanah berdaftar untuk mendapatkan maklumat semasa serta dah boleh pantaskan azam memiliki rumah pertama sebagai gol kehidupan tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *